Khamis, 9 April 2015

ERTI KAWAN

Ada seorang kawan beritahu aku... "kawan ialah yang terima baik dan buruk kita..."
Aku setuju...dengan TAPI.... "kita kena sama-sama usaha perbaiki kekurangan diri dengan tegur menegur sesama kawan..."
-THE END-

Khamis, 2 April 2015

YA ALLAH.... BANTULAH HAMBAMU INI MEREALISASIKAN APA YANG KU KATAKAN... AMIN

1 ekar je... kalau 10 ekar saya yakin lah...
Lekeh nye kau pandang aku ye? Aku akan buktikan!!! Ianya satu cabaran bagi aku. Terima kasih...
Serai oh Serai!!!!

Selasa, 31 Mac 2015

SEMANGAT DATANGLAH!!!!

manalah semangat nak buat kerja ni...
dah nak berhenti tapi tempat masih sepah huhuhu
esok hantar surat letak jawatan
yey!!!

Ahad, 29 Mac 2015

Khamis (26 Mac 2015) Mr. Hubby di sahkan darah tinggi!!!!!

Mr. Hubby dah kene makan ubat darah tinggi. Atas 180, bawah 120!!!! Memang ikutkan dah kene warded. 
Ya Allah sembuhkan lah dia..
Ya Allah... kami masih memerlukannya. Dengarkanlah doa kami...
Amin

Selasa, 24 Mac 2015

Mertua Nak Datang Esok!!!!

Bila mak kata nak datang... mulalah proses mengemas rumah aku. Maklumlah sebulan sekali nak kemas rumah pun payah. Sibuk memanjang... bila dah berhent kerja nanti... itulah rutin harian aku huhuhu 
Bilik tetamu yang juga bilik permainan anak-anak kena clear. Bilik air bawah kena bagi polish. Dapur kene kemas. Barang dapur kene bagi lengkap. Kain baju kene lipat. Habuk kipas, sesawang dan sebagainya kene bagi bersih. Fuh... memang sakit badan jadinya. 

Ada jugak bagusnya... kemas gak le umah aku jadinya. Tapi yg tak syok... mak akan jadi tukang masak dan bapak akan jadi handyman bila diorang datang sini. Aku tak nak susahkan mereka tapi itulah yang mereka NAK buat. Nak masak sebab anak-anak mereka makan tak sedap kot dengan masakan aku ni... huhuhuhu dan selalunya asyik makan kedai.... Maklumlah... siapalah aku ni kan..serba kekurangan. Bapak jadi handyman sebab suami aku bukan mahir pun bab-bab repair meng repair ni, bukan bidang dia... malu gak lah... semua pun bapak yang buat. Macam kami ni tak boleh berdikari pulak. Paling tak best bila nak belanja makan kat luar... makan besar satu family lah kan... mulalah mereka kata jangan membazir.. masak kat rumah lagi bagus dan lagi sedap... fuh... tajam tu perliannya.   Sakitnya tuh di sini jadinya... tapi aku sedaya upaya cuba berfikiran positif. Mungkin bila aku tua nanti macam tu kot!!! Entah lah... anak-anak mereka dua-dua dok ngan aku... suami dan adik iparku... manalah mak n bapak diorang tak risau... terjaga kah makan minum dan pakai??? Kadang-kadang bila mereka tgk anak-anak ku kurus mulalah kata kesian tak makan... wahhhh malasnye aku ni kan sampai anak pun tak bagi makan... kang kalau gemuk sgt obes lak... slim-slim okaylah anak-anak aku ni...budak membesar memang aktif dan metabolisme tinggi...mungkin mereka tak faham... 
caraku dan caramu berbeza..huhuhu... 
aku nak buktikan aku boleh lakukannya... dan aku harap sangat mereka faham. Lepas ni aku dah tak da alasan lagi bila kipas bersawang... sinki berkarat, dapur tak berasap... sebab aku dah jadi suri yang 'berseri-seri' di rumah tu... (hahaha ye lah sangat)...Aku nak bagi yang terbaik untuk keluargaku di samping menambah ilmu agama. 
Aku sayang keluarga mertua ku... mereka baik dan terlalu baik sampai mereka terpaksa campur tangan untuk pastikan aku dapat jaga familyku dengan baik. Itu yang cuba aku positifkan... sementara mereka masih ada... hargailah mereka...
Lain pulak dengan mama dan abah aku... sempoi... tak masuk campur apa pun... statement mereka... awak dah ada suami.. pandai-pandailah uruskan rumahtangga sendiri. Tapi kalau minta nasihat mereka memang akan beri pandangan cuma tak nak masuk campur lebih-lebih. Lain orang lain caranya... 
Apapun aku sayang semua ahli keluarga ku, baik mama dan abah atau keluarga mertuaku. Mak mertua dan bapak mertua pun mcm mak dan bapak kandung kite. Think positif dan jaga hati mereka. Aku bercerita ni bukan nak buka aib. Sekadar nak memberitahu di luar sana yang situasinya lebih kurang macam aku... hargailah mereka selagi mereka masih ada. Think positif paling utama dan tak yah lah nak kecik-kecik hati ngan mak n pak mertua walau se leser mana mereka sekalipun. Apa mereka buat tu sb mereka nak kita jangan leka jaga amanah mereka...anak dan cucu-cucu mereka. Sebagai isteri, kite mesti buktikan yang pilihan anak mereka adalah tepat.. (wah... perasan gitu)..
Mak! Bapak! Sayang kamu ketat-ketat! Muahhh...
Buat adik iparku... bila dah kawin nanti..kene faham dan sabar dengan keluarga mertua tau.. contohilah kakak ipar mu ini... hehehe

Berhenti Kerja

Aku mengambil keputusan untuk berhenti kerja. Keputusan yang sukar bagiku sebelum ini menjadi begitu mudah sekali setelah terjawab doa dan hajatku...BERHENTI KERJA! Inilah perkara yang pertama datang masuk menusuk dalam hatiku pada suatu pagi..lantas terukir senyum dan seperti jatuh segala beban dari bahuku serta tenang hati dan perasaan ku. Pagi itu juga aku sampaikan keputusanku kepada bosku dan Alhamdulillah dia amat memahami.
Aku hanya ada perancangan tetapi aku tiada kepastian samada perancanganku akan beroleh hasil ataupun tidak...hanya doa yang mampuku pohon dariNya. 
Sebetulnya, menceburkan diri dalam bidang pertanian adalah sekadar sampingan. Niat asalku berhenti kerja kerana mahu tumpukan kepada rumahtangga. Aku nyaris 'kehilangan' kerana kesibukan kerja...dan aku tidak mahu kerana kerja aku hilang segalanya. Anak-anakku perlukan perhatian, suami tercinta perlukan belaian dan rumahku perlukan penjagaan. Aku juga berharap keputusan berhenti kerja dapat mendekatkan aku dengan Maha Pencipta. 
Aku sayang dengan pengalaman dan kemahiran yang aku perolehi selama aku bekerja. Namun aku tekad untuk meninggalkan dunia kerjaya demi keluarga. Dulu pernah terfikir untuk berhenti namun macam-macam yang bermain di kotak fikiranku. Tapi kali ini, perkataan BERHENTI KERJA itu sendiri bila disebut... tenang rasa hati dan tekad akan ku realisasikan. 

1 Mei ini bermulalah episod 
melangkah ke dunia baru. Aku tidak mahu lagi menjadi seperti PATI di bumi sendiri... terkejar-kejar mencari wang tanpa sedar hilang kasih sayang. Orang lain mungkin boleh melakukan...orang lain mungkin boleh memberi fokus kerja dan rumahtangga...tapi bukan aku. Keputusan ini ku ambil demi diriku dan keluarga tersayang. Alhamdulillah suami turut mengerti dan menyokong penuh keputusanku. Begitu juga dengan kedua orang tuaku. 
Aku bersyukur dengan keputusan ini.
Alhamdulilah...