Selasa, 24 Mac 2015

Berhenti Kerja

Aku mengambil keputusan untuk berhenti kerja. Keputusan yang sukar bagiku sebelum ini menjadi begitu mudah sekali setelah terjawab doa dan hajatku...BERHENTI KERJA! Inilah perkara yang pertama datang masuk menusuk dalam hatiku pada suatu pagi..lantas terukir senyum dan seperti jatuh segala beban dari bahuku serta tenang hati dan perasaan ku. Pagi itu juga aku sampaikan keputusanku kepada bosku dan Alhamdulillah dia amat memahami.
Aku hanya ada perancangan tetapi aku tiada kepastian samada perancanganku akan beroleh hasil ataupun tidak...hanya doa yang mampuku pohon dariNya. 
Sebetulnya, menceburkan diri dalam bidang pertanian adalah sekadar sampingan. Niat asalku berhenti kerja kerana mahu tumpukan kepada rumahtangga. Aku nyaris 'kehilangan' kerana kesibukan kerja...dan aku tidak mahu kerana kerja aku hilang segalanya. Anak-anakku perlukan perhatian, suami tercinta perlukan belaian dan rumahku perlukan penjagaan. Aku juga berharap keputusan berhenti kerja dapat mendekatkan aku dengan Maha Pencipta. 
Aku sayang dengan pengalaman dan kemahiran yang aku perolehi selama aku bekerja. Namun aku tekad untuk meninggalkan dunia kerjaya demi keluarga. Dulu pernah terfikir untuk berhenti namun macam-macam yang bermain di kotak fikiranku. Tapi kali ini, perkataan BERHENTI KERJA itu sendiri bila disebut... tenang rasa hati dan tekad akan ku realisasikan. 

1 Mei ini bermulalah episod 
melangkah ke dunia baru. Aku tidak mahu lagi menjadi seperti PATI di bumi sendiri... terkejar-kejar mencari wang tanpa sedar hilang kasih sayang. Orang lain mungkin boleh melakukan...orang lain mungkin boleh memberi fokus kerja dan rumahtangga...tapi bukan aku. Keputusan ini ku ambil demi diriku dan keluarga tersayang. Alhamdulillah suami turut mengerti dan menyokong penuh keputusanku. Begitu juga dengan kedua orang tuaku. 
Aku bersyukur dengan keputusan ini.
Alhamdulilah...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan